ADAKAH SUARA WANITA ITU AURAT?
Mutakhir ini, terlalu banyak rancangan realiti popular
muncul di kaca televisyen. Rancangan yang tumbuh bagai cendawan ini berjaya
menarik lebih kurang 89% peminat untuk menontonnya. Terbaru pada masa ini ialah
VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA musim ke-2 dan IDOLA KECIL musim ke-5 telah menarik
ramai remaja dan kanak-kanak menceburi bidang seni. Namun kebanyakan mereka
terkandas di tempat uji bakat lagi. Kasihan...
Maaflah jika saudara/saudari berfikir bahawa saya akan
berbicara tentang program realiti tersebut. TIDAK. Apa yang ingin saya bicarakan ialah mengenai “adakah suara
wanita itu aurat?”. Mungkin ramai yang dah muak dengan artikel yang saya taip
sebab banyak berkait dengan wanita. Malah, mungkin ada yang benci saya. Tak
mengapalah saya cuma menjalankan apa yang Allah firmankan di dalam Surah
Ali-Imran ayat 104:
“dan hendaklah
ada di kalangan kamu segolongan umat
yang menyeru ke arah kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah
daripada yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
Berbalik kepada persoalan pokok tadi. Adakah suara
wanita itu aurat? Jawapannya ialah suara wanita tidak aurat. Jika suara wanita
itu aurat, Allah tidak akan menciptakan wanita boleh berbicara. Namun ia bisa
menjadi aurat. Pelik kan ia boleh berubah menjadi aurat. Suara wanita boleh
bertukar menjadi aurat apabila wanita itu menggunakan lenggok suara yang
menggoda, berlagu(menyanyi) dan lebih-lebih lagi mampu mencairkan ego lelaki.
Dalilnya:
“wahai
isteri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain jika kamu
bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik,” (Surah
Al-Ahzab ayat 32).
Mungkin ada yang berkata “ala ustaz nie.. kecoh r..
ayat tu untuk isteri Nabi r.. aku bukan Isteri Nabi..”. Memang. Memang benar
kalian bukan isteri Nabi. Tetapi kamu ialah umat Nabi. Jadi, setiap ayat
diturunkan kepada Nabi, seluruh umat Islam wajib melakukannya.
“katakanlah
(wahai Muhammad): jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku....”. (Surah
Ali-Imran ayat 31).
Oleh itu, sedarlah wahai muslimah. Banyak yang perlu
diperbaiki untuk menggapai jannah.
Berpeganglah dengan Al-Quran kerana ia adalah petunjuk bagimu.
“kitab
(al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah ayat
2).
Jagalah aurat kalian. Moga Allah memberi taufiq dan
hidayatNYA.. dan diurniakan jannah
selagi mana kamu mengikuti ketetapan Allah dan Rasul. Amin...
WALLAHUALAM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan