ERTI HIKMAH
Terleka dirinya sebentar
apabila menatap gambarnya ketika masih berada di bangku sekolah. Dilihatnya
tulisan di belakang gambar kelasnya tersebut.
Kadang kadang Allah
sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi.
* * * * *
"Zinnirah, cepat!
Kelas dah nak mula ni," teriak sahabatnya, Sofea, sambil berlari- lari
anak untuk mendapatkan Iman yang masih sibuk menyiapkan kerja sekolah di kantin
tanpa menyedari waktu rehat sudah pun tamat.
"Hish, macam mana
boleh lupa pula kerja sekolah matematik ni! Matilah aku kena leter dengan Cikgu
Iman," getus hatinya. Setelah mengemas barang-barangnya, Zinnirah
berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya, Sofea dan terus menuju ke kelas.
"Bangun semua.
Assalamualaikum Cikgu Iman," laung ketua kelas diikuti rakan-rakan
seperjuangan.
"Waalaikumussalam.
Jangan duduk lagi," permintaan Cikgu Iman membuatkan hati Zinnirah
seakan-akan mahu gugur.
"Baiklah, cikgu nak
kamu semua keluarkan homework yang cikgu bagi semalam. Cikgu akan round,"
kali ini Iman merasakan jantungnya sememangnya sudah jatuh dari tempat asalnya.
Cikgu Iman sudah sampai ke tempat duduk Zinnirah, dikerlingnya buku Zinnirah
yang berada di hujung meja. Tiba- tiba sahaja Cikgu Iman berhenti betul- betul
di sisinya.
"Zinnirah!"
Cikgu Iman menyebut namanya.
"Ya cikgu,"
jawab Zinnirah. Kelihatan kawan- kawanya yang berada di dalam kelas mengambil
kesempatan untuk melihat drama pendek yang bakal dia tempuhi.
"Sampah dekat kaki
tu kutip," terus Cikgu Iman berlalu kemeja yang lain. Seakan tidak percaya
kerana dirinya tidak menjadi sasaran. Dilihat buku matematik yang berada di
hujung mejanya.
"Patutlah, cikgu
tak tengok bahagian belakang, Alhamdulillah," hatinya mengucap kesyukuran
yang teramat sangat.
* * * * *
Waktu pembelajaran pada
hari itu berjalan seperti biasa. Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba
oleh para pelajar. Sesi pembelajaran tamat.
"Tak lama lagi
percubaan. Kau dah sedia ke Zinnirah?" soal Sofea kepada Zinnirah.
"Haa? Kau janganlah
nak tanya aku pasal benda ni. Aku belajar macam mana pun kau tetap atas
aku," jelas Zinnirah.
Ada betulnya apa yang
dikatakan oleh Zinnirah. Sofea boleh dikatakan seorang yang suka tidur di dalam
kelas. Kadang kala kerja sekolahnya disiapkan lambat-lambat tetapi Sofea lebih
cemerlang darinya. Selalu juga difikirkan apa silapnya, mungkin banyak, namun
dia tidak boleh kalah.
Mungkin Allah mahu
menjadikan dirinya seorang yang lebih berusaha, hanya Allah yang tahu. Sebagai
seorang hamba, dia hanya mampu meminta yang terbaik.
Perbualan terhenti di
situ, Sofea tidak mahu berkata apa-apa kerana takut menyinggung perasaan
sahabatnya itu.
* * * * *
Peperiksaan percubaan
SPM telah pun berlalu, kini keputusannya sudah diedarkan kepada murid-murid.
Kelas 5 Kejuruteraan Awam juga merasa bahangnya.
Kelihatan Zinnirah
sedang termenung sambil memikirkan keputusannya yang tidak seberapa.
Dikerlingnya kertas peperiksaan percubaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
sahabatnya, Sofea telah cukup membuatkan hatinya menangis hiba. Dilihatnya pula
kertas peperiksaan dirinya sendiri memang jauh beza markahnya
"Kenapalah aku tak
boleh jadi macam Sofea? Nak kata aku tak belajar aku belajar. Tapi kenapa susah
nak dapat macam dia?" getus hati Zinnirah.
Tiba-tiba dia terfikir
untuk melihat semua kertas yang telah diedarkan semua guru mata pelajaran.
Zinnirah melihat semua kertas-kertas peperiksaan yang telah diberikan oleh
semua guru, dan dia tersenyum kerana buat pertama kalinya subjek Matematik
telah lulus walaupun markahnya hanya di atas pagar. Kini Zinnirah telah nekad
dalam dirinya, walau apa pun yang bakal terjadi dia akan berusaha dan tidak
akan putus untuk berdoa kepada yang Maha Mengetahui.
Kini SPM sedang berjalan
seperti biasa. Debarannya tidak begitu kuat, tetapi apabila mahu menyerahkan
kertas jawapan pada pengawas yang bertugas barulah dirinya seperti mahu
mengambil balik kertas tersebut dan memeriksanya semula. Hanya tawakal dan doa
sahaja yang mampu dilakukan selepas menyerahkan kertas jawapan. Terdapat juga
rakan seperjuangan yang dulu tidak pernah mahu belajar dan datang ke sekolah
hanya untuk melengkapkan rutin harian tetapi mula berubah menjadi ulat buku,
ada juga yang seperti tidak mahu berenggang dengan buku tersebut apabila
menghampiri ke hari peperiksaan.
* * * * *
"Abah, along
takutlah," pendek kenyataan yang diberi Zinnirah kepada bapanya tetapi
cukup mengambarkan perasaan berdebarnya untuk mengambil keputusan SPM pada hari
itu.
"Apa nak ditakutkan
sekarang. Patutnya takut sewaktu nak ambil SPM dulu," kata bapa Zinnirah
membuatkan dirinya lebih seperti cacing kepanasan.
Sampai di sekolah,
keputusan peperiksaan telah pun diumumkan. Lantas Zinnirah mendapatkan
sahabatnya, Sofea. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di sekolah kerana Sofea
baru sahaja balik dari Program Latihan Khidmat Negara.
"Assalamualaikum,
Sofea macam mana keputusan engkau?" terus Zinnirah menyoal keputusan yang
sedang dipegang oleh Sofea kerana debarannyasemakin dirasa.
"Waalakumussalam, Alhamdulillah.
Aku berjaya dapat 4A. Kau pergilah cepat ambil keputusan boleh kita lepak
lama-lama lepas ni," terang Sofea dalam keadaan gembira.
Zinnirah bergerak untuk
mengambil keputusan. Setelah keputusan berada di tangannya, dia merasa amat
terkilan atas usaha dirinya selama ini. Kenapa dirinya masih tidak boleh
menandingi Sofea.
"Macam mana
Zinnirah?" tanya Sofea.
"Bolehla, dapat 1A
je," perlahan nada percakapan Zinnirah.
"Tak apalah.
Zinnirah, matematik kau B lah!" suara Sofea memecah kesedihan Zinnirah.
"Yalah,
Alhamdulillah!" pendek ulasan Zinnirah.
Pulang ke rumah,
Zinnirah duduk termenung di beranda sambil memikirkan nasibnya selepas ini.
Walaupun dirinya layak untuk menyambung pelajaran tetapi bukan dalam bidang
kejuruteraan awam. Kemungkinan besar dia akan menyambung pelajaran dalam bidang
perakaunan. Memang jauh dari cita-cita asalnya tetapi apa yang boleh dibuatnya.
Hanya itu yang layak bagi dirinya.
* * * * *
Selepas bertahun-tahun
berlalu, akhirnya Zinnirah berjaya dalam bidang perakaunan. Kini dirinya telah
bergelar pendidik. Dulu dia sering jatuh kini gilirannya pula untuk membantu
sesiapa yang rasa kehilangan walhal mereka masih belum temui sinar hikmah yang
sebenar. Terlalu besar hikmahnya sehingga kita akan bersyukur dengan apa yang
berlaku dahulu. Tiba-tiba lamunan Zinnirah terhenti apabila salah seorang
muridnya datang untuk berjumpa denganya.
"Cikgu Zinnirah,
ada apa nak jumpa saya?" tanya pelajar tersebut.
Lantas zinnirah
menyimpan gambar tersebut dan memandang tepat ke wajah pelajarnya.
"Cikgu nak ucapkan
tahniah kepada kamu," terang Zinnirah .
"Tapi saya punya
matematik tak berapa ok?" soal pelajar itu kembali.
"Tapi kamu dah
berjaya untuk meluluskan diri kamu. Percayalah kata cikgu, teruskan usaha dan
jangan sesekali mengeluh. Allah Maha Mengetahui segalanya," tersenyum
pelajar tersebut antara faham dan tidak faham.
Setelah selesai pelajar
tersebut meninggalkan meja guru yang bernama Nur Zinnirah dengan ucapan terima
kasih kerana menyokong dirinya dan keluar dari bilik guru dengan impian untuk
berjaya. Dari jauh Zinnirah tersenyum dan berharap anak didiknya akan faham
suatu hari nanti.
"Suatu hari kamu
akan faham wahai anak didik ku."
Terleka dirinya sebentar
apabila menatap gambarnya ketika masih berada di bangku sekolah. Dilihatnya
tulisan di belakang gambar kelasnya tersebut. Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan